Tuesday, January 18, 2022

Pengalaman Kuarantin di PKRC OLIVE B, Hospital Permai

Saya kongsikan pengalaman kuarantin di PKRC OLIVE B, Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru.

Saya mendapat katil di Aras 5, jadi perkongsian ini terhad pada pengalaman di aras ini. Semoga bermanfaat. Maaf tak dapat tulis banyak-banyak kerana saya cuma guna telefon bimbit untuk tulis post ini. Saya juga akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Apa kemudahan yang disediakan?

  • PKRC OLIVE B sebenarnya kuarters. Jadi, setiap rumah ada 4 ruang yang diletak katil (3 bilik tidur + 1 ruang tamu). Setiap rumah juga dilengkapi 1 dapur (ada peti sejuk), 1 tandas (luas) dan 1 bilik mandi (luas). Ada rumah yang juga ada yard untuk menyidai kain.


Berapa katil satu bilik?

  • Bergantung pada saiz bilik. 3 atau 4.


Bilik tidur

  • Setiap katil disediakan 1 bantal, 1 cadar, 1 selimut & 1 kotak untuk menyimpan barang. Saiz kotak agak besar. Cukup untuk simpan pakaian seminggu.


Dapur

  • Peti sejuk
  • Sinki


Ada mesin basuh?

  • Mesin basuh automatik disediakan di bilik rekreasi.


Ada water cooler/heater?

  • Ada disediakan di bilik rekreasi.


Ada televisyen?

  • Ada di bilik rekreasi


Ada aircond?

  • Di Aras 5 (aras paling atas) ni tiada. Cuma ada kipas siling. Tak tahu pula di aras lain. Tapi udara di Aras 5 ni nyaman. Angin kuat. Tak tahu pula di aras bawah-bawah.


Kemudahan di Bilik Rekreasi

  • Ruang Menyusu
  • Surau
  • Bilik mandi
  • Tandas
  • Dapur (ada biskut, teh, gula, Nestum balang bukan 3-in-1, cawan plastik pakai buang)
  • Water cooler/heater
  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • Televisyen
  • Sofa
  • Meja kopi
  • Penyapu



Di mana hendak sidai baju?

  • Di bilik masing-masing. Pandai-pandailah sangkut di mana-mana. Ada bilik yang ada dawai untuk sidai kain di tingkap.



Apa perlu dibawa?


ASAS:

  • Pakaian secukupnya - sehari sekali perlu jumpa pegawai kesihatan sekejap untuk pemeriksaan. Selebihnya, duduk-duduk saja di bilik. 
  • Ubat-ubatan yang lazim diambil setiap hari, jika perlu. Khasnya untuk pesakit kronik.
  • Telefon bimbit, charger
  • Barang mandian
  • Beg yang sesuai diletak barang mandian untuk dibawa ke bilik air.
  • Telekung untuk muslimah, sejadah


TAMBAHAN:

  • Sabun basuh baju sedikit
  • Penyangkut dan penyepit baju
  • Sabun basuh pinggan sedikit dan span
  • Kole & sudu untuk bancuh air
  • Botol menyimpan air untuk diminum di dalam bilik
  • Pinggan plastik yg kukuh kalau suka makan dalam pinggan
  • Sudu dan garfu sepasang jika tak suka sudu dan garfu plastik
  • Kudap-kudapan yang kering
  • Kertas tisu
  • Bahan bacaan, atau jika suka berkarya, alat tulis
  • Kain lap kaki/lantai jika suka bilik sentiasa bersih
  • Sambal belacan atau cili padi (haha)




8:00 AM

Sarapan dihantar di bilik secara pukal dan ditinggalkan di atas meja di luar. Ambil mengikut label bilik masing-masing. Jangan ambil di bilik lain.


9:00 AM

Pemeriksaan kesihatan. Beratur di depan bilik. Selepas bacaan diambil, hafal/ambil gambar bacaan tersebut untuk kemaskini sendiri status kesihatan MySejahtera di bawah “Things To Do”.


1:00 PM

Makanan tengah hari dihantar ke bilik. 


3:00 - 5:00 PM

Waktu penerimaan barang yang dihantar untuk pesakit. Pastikan maklumkan bilik gerakan terlebih dahulu sebelum minta barang dihantar.


5:00 PM

Makan malam dihantar. Tiada aktiviti lain selepas ini. Mungkin ada pesakit baru masuk.



0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio